Filem Melayu: Hantu Kak Limah Balik Rumah


 
 

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dijangka akan memeriahkan industri filem tempatan sepanjang bulan Disember ini. Filem  bergenre seram komedi arahan Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. ini dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 9 Disember nanti.
Saudara Mamat Khalid sebelum pada ini pernah mengarahkan filem bergenre yang sama Zombi Kampung Pisang. Secara peribadi memang kami sekeluarga terhibur dengan filem Zombi Kampung Pisang sebelum ini.
Sejak trailer mengenai filem tersebut ditayangkan di saluran televisyen anak-anak saya yang sememangnya peminat filem seram dan komedi sudah awal-awal lagi berpesan untuk menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni di pawagam.
Petikan trailer filem Hantu Kak Limah Balik Rumahyang telah disiarkan melalui Youtube:
Sinopsis filem pula sebagamiana yang disiarkan di laman sinemamalaysia.com.my adalah berkaitan Husin lakonan Awie yang sebelum ini bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya di Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya iaitu Kak Limah.

Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.  Seterusnya  dia  penduduk kampung Pisang Beramai-ramai ke rumah Kak Limah dan mendapati mayat Kak Limah yang hampir reput.  Tapi setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung pisang masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Kalau kak Limah sudah selesai di tanam hantu apakah itu sebenarnya?  itulah sebenarnya misteri yang cuba dihuraikan dalam filem Hantu Kak Limah balik rumah tersebut.
Gandingan pelakon-pelakon yang hampir sama seperti filem Zombi Kampung Pisang sebelum ini iaitu Awie, Man Kadir, Zami Ismail, Johan Raja Lawak, Pekin, Shoffi Jikan, Avaa Vanja dan Nadia Mustafar. Serta dengan kehadiran Ummi Nazeera sebagai pelakon utama juga diharap memberikan impak kepada keberkesanan filem tersebut.

Kalau tak ada apa-apa halangan kami sekeluarga akan sama-sama melayan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni hujung minggu depan nanti sambil hiburkan budak-budak berdua tu.